Warna-warna yang diminati kita dalam suatu jangka masa yang panjang adalah berkaitan dengan personaliti, kekuatan dan kelemahan. Semua ini akan menunjukkan keupayaan kita dalam kehidupan.
Sesuatu warna yang digemari dan kekal dalam pilihan kita dikenali sebagai warna jiwa. Pada asasnya,warna-warna ini menunjukan kualiti diri dan sifat dalaman seseorang.Ia juga menunjukan cabaran yang kita hadapi akibat kelemahan diri.Cuba lihat pada warna pakaian anda sehari-hari,ini akan membantu anda mendedahkan ciri-ciri dalam diri. Di bawah ini merupakan analisis yang telah dibuat berdasarkan pelbagai ujian psikologi termasuklah ujian Max Luscher.Ujian ini dijalankan oleh para doctor sakit jiwa, ahli psikologi dan tabib untuk membantu mereka mendapatkan maklumat yang tepat mengenai seseorang berdasarkan pilihan warnanya.
Sekiranya anda megemari pakaian berwarna merah….
Anda merupakan seseorang yang suka mendesak, mudah diransang dan lincah. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan selalu inginkan sesuatu perkara, itu berlaku dengan pantas.Anda akan pastikan diri anda sentisa lakukan yang terbaik dalam semua hal. Anda merupakan seorang yang tidak peka terhadap perasaan orang lain apabila anda menjadi daya tarikan utama.belajarlah menjadi seorang pendengar yang baik. Merah melambangkan paksaan dalam hidup.Melalui tindakan anda yang mencemas akan mendesak anda untuk membuat keputusan dan berjaya.S
Sekira memakai pakaian berwarna merah menjadi tabiat anda maka ini menunjukan anda mementingkan keinginan seksual dan ghairah. Semangat tersebut elok digunakan dalam usaha yang kreatif,kepimpinan,pembangunan dan perkembangan. Anda seorang yang berani dan peramah ,tetapi cenderung untuk menjadi seorang yang pemarah sekiranya tidak mencapai kehendak sendiri.Belanjarlah menjadi seorang yang sabar.Warna maroon dan merah bata mengambarkan anda seorang yang ceria tetapi berhati-hati kerana anda juga bersifat pemarah dan selalu berprasangka terhadap orang lain.
Sekiranya anda mengemari pakaian berwana merah jambu…..
Anda merupakan seorang yang penyayang, mencintai alam sekitar,ini membuatkan anda seorang yang cepat bersimpati dan memahami.Anda akan menunjukan kelemahan diri apabila tidak dapat mengawal perasaan sendiri.Anda memerlukan sokongan daripada orang sekeliling anda dan kadang-kadang bersifat kebudak-budakan.Anda belajar menyayangi dan menghargai diri sendiri.Sekiranya anda banyak bergantung pada diri sendiri anda akan kelihatan menarik dan tunjukan kemesraan dan kasih saying anda.
Jika anda memakai pakaian berwarna oranye
Anda adalah seorang yang berkebolehan,mempengaruhi sikap orang lain,serta kurang sabar. Anda juga seorang yang berdikari,mempunyai perancangan dan mampu memotivasikan diri sendiri. Warna Oren melambangkan individu yang pratikal dan kreatif. Anda seorang yang bertenaga,tetapi kadang-kadang anda akan dilanda gelisah. Anda mempunyai keinginan yang tinggi serta berusaha untuk aktif dan mampu bersaing. Anda juga seorang yang periang serta boleh menguasai orang lain. Oren cerah dan Oren menyala boleh membuatkan anda berasa hampa atau gagal. Bagi mengubah peribadi anda ke arah yang lebih lembut,anda boleh memakai pakaian berwarna kuning kemerahan.
Jika anda memakai pakaian berwarna kuning….
Anda seorang yang penuh minat dan peransang. Anda gemar menjadi aktif dan terlibat dalam apa jua aktiviti. Berbekalkan semangat dan keperluan yang tinggi,anda boleh menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kuning cerah melambangkan sikap yang spontan dan kebolehan berkomunikasi. Anda seorang yang aktif dan,bercita-cita tinggi dan sentiasa melakukan penyelidikan. Terdapat keinginan serta harapan untuk mencapai kegembiraan, yang sering menimbulkan sedikit konflik pada diri anda yang memerlukan ketenangan. Kuning melambangkan baru, moden, mengalami perkembangan dan belum mempunyai bentuk, serta mampu menghasilkan idea dari pemikiran yang tinggi.
Jika anda memakai pakaian berwarna hijau….
Anda seorang yang berwaspada dan tidak mudah mempercayai orang lain. Anda melihat kehidupan dengan teliti,tetapi tidak ingin untuk terlibat lebih dari yang diperlukan. Kehidupan yang sunyi lebih sesuai bagi anda. Anda merupakan seorang yang murah hati,berperikemanusiaan, serta membantu orang lain untuk mengubah sikap. Jika anda memakai pakaian berwarna hijau kebiruan, anda memerlukan persekitaran yang aman, keinginan mendapatkan ketenangan, serta bebas dari konflik ataupun ketidakpuasan hati anda. Anda sukar untuk mengawal keadaan tersebut menyebabkan ia menimbulkan masalah. Anda seorang yang sensitif dan ia boleh dilihat dari pandangan mata anda. Untuk membantu diri anda membina sikap yang optimis,anda boleh cuba untuk memakai pakaian berwarna kuning pucat dan hijau.
Jika anda memakai pakaian berwarna biru lembut….
Anda seorang yang kreatif, mudah mengerti serta sensitif. Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa pratikal di dalam kehidupan. Teguran anda adalah secara teliti,anda merupakan penasihat yang baik kerana anda menggunakan pengetahuan anda untuk menyelesaikan masalah. Anda gemar melakukan aktiviti anda mengikut kesesuaian masa anda serta tidak terburu-buru. Anda memerlukan penjagaan keselamatan serta persekitaran yang aman.
Jika anda memakai pakaian berwarna biru gelap….
Anda seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi,serta mempunyai perasaan yang mendalam. Anda merasakan anda bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok membuat pilihan. Anda memerlukan persekitaran yang tenang,serta dibelai dengan kasih sayang. Anda sering terganggu dengan orang yang bising. Anda mungkin menderita akibat sakit mental jika kurang beriadah serta rehat. Cuba memakai pakaian yang berwarna biru kehijauan atau hijau untuk membantu mengembalikan keyakinan anda serta mempertingkatkan kesihatan anda.
Jika anda memakai pakaian berwarna ungu kebiruan….
Anda seorang yang sensitif serta mudah bersimpati menyebabkan anda mudah dipergunakan. Anda seharusnya berhati-hati ketika memilih sahabat yang sensitif seperti anda. Untuk sentiasa gembira,bekerja dimana anda rasa anda diperlukan. Anda boleh cuba memakai pakaian yang berwarna ungu kemerahan atau merah tua,dimana terdapat lebih banyak warna merah. Ini kerana ia mampu meningkatkan keyakinan diri anda serta melindungi perasaan anda.
Jika anda memakai pakaian berwarna ungu…
Anda seorang yang berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati,mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi. Anda berminat untuk berjaya dalam semua bidang,termasuk sahabat anda. Insan yang lain tidak menarik minat anda kecuali terpaksa. Berhati-hati agar anda tidak bersikap bongkak. Cuba luangkan masa anda untuk mendengar. Bunga Orkid,Violet atau Grape boleh membuatkan anda terpegun dengan kepercayaan system,peraturan dan kekerapan orang lain. Cuba bersikap sensitive terhadap diri dan kepercayaan anda. Amalkan Yoga atau pertapaan untuk menenangkan minda anda.
Sekiranya anda berpakaian putih…
Putih merangkumi segala warna yang lain dalam spektrum.Ini menunjukkan anda mempunyai keperibadian yang positif,matang dan optimistik.Anda seorang penyendiri,bahkan mungkin menjadi sunyi.Anda mencari suatu gaya hidup yang sederhana dan terbebas daripada tekanan luar.Walaupun anda memilih sesuatu warna yang begitu sederhana dan tulen sahaja,namun ianya yang mencapai pengiktirafan.Anda mungkin sedang mengalami suatu tempoh peralihan dengan buah fikiran baru yang belum diterbit.Untuk berfikiran terbuka dan menjadi peramah,putihkanlah segala benda yang boleh.
Sekiranya anda berpakaian kelabu…
Anda seorang yang sangat tersendiri.Ramai orang mungkin akan berpendapat bahawa anda terlalu yakin pada diri sendiri kerana anda mempunyai kawalan diri yang kuat dan lebih cenderung kekal diri daripada menjalin perhubungan rapat dengan orang lain.
Mereka yang suka berpakaian kelabu berkecenderungan mengasingkan diri mereka,yang telah menyebabkan kesunyian.Anda mungkin menjadi pasif kerana anda rasa bertekanan dan terlalu membebani.Anda dikehendaki berehat,melakukan kegiatan bersantai dan melepaskan diri daripada tekanan harian.Kemungkinan anda memerlukan suatu masa untuk berehat di lautan atau kawasan desa.Mereka yang berpakaian kelabu selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.Oleh itu,mereka yang tidak berupaya membuat pertimbangan dan berusaha sedaya-upaya dalam membuat pendapat sendiri mestilah memilih pakaian kelabu.
Sekiranya anda berpakaian perang…
Perang mengatakan bahawa orang itu jujur,bersifat realistik,suka gaya hidup yang berstruktur dan tolong-menolong.Sebagai peminat kepada segala kebaikan yang diperoleh daripada hidup,anda sentiasa membelai rasa,menghargai makanan,minuman dan juga rakan yang baik.Perang pelambang bumi kita.Warna ini bersifat pelindung,nanum begitu anda mungkin akan memendam emosi atau rahsia yang dapat menyebabkan anda berundur diri and takut dunia luar.Oleh sebab itu,anda akan rasa mendapat perlindungan dengan berpakaian perang atau selut.Ini menunjukkan suatu keinginan untuk berperasaan terjamin dan diterima oleh dunia ini.Anda perlu memahami harga diri dan menangkis fikiran yang sempit.
Sekiranya anda berpakaian hitam…
Anda mempunyai semangat yang kuat,terlalu yakin pada pendapat diri anda dan berdisiplin.Anda mungkin juga sangat degil dan berdikari.Berhati-hati,itulah bukan suatu taktik mempertahankan diri.Kemungkinan anda kekurangan keyakinan dan keupayaan untuk mengendalikan kehidupan anda dengan cekap.Hitam menyebabkan anda kelihatan matang dan menyelubangkan diri anda ketika menyedari akan identiti yang sebenarnya.Hitam juga mewakili perbuatan tidak mengaku,atau dengan kata lain,penyerahan diri yang terakhir.Mereka yang memilih hitam sentiasa ingin menolak segala daripada perlindungan yang kuat.Pakai pakaian hitam dalam situasi yang tertentu menunjukkan anda mempunyai kawalan pada diri mengikut imej berkomunikasi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar